Search form

KEJADIAN 36:10-13

10-13Isteri Esau yang bernama Ada melahirkan seorang anak lelaki, bernama Elifas. Elifas mempunyai lima orang anak lelaki: Teman, Omar, Zefo, Gaetam, dan Kenas. Elifas mempunyai seorang gundik bernama Timna. Dia melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Amalek.

Isteri Esau yang bernama Basmat melahirkan seorang anak lelaki yang bernama Rehuel. Rehuel mempunyai empat orang anak lelaki: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.

14Isteri Esau yang bernama Oholibama, iaitu anak Ana dan cucu Zibeon, melahirkan tiga orang anak lelaki: Yeus, Yaelam, dan Korah.

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia

Copyright © 1996, The Bible Society of Malaysia

More Info | Version Index