Search form

BILANGAN 4:34-48

34-48Musa, Harun, dan para pemimpin Israel membanci tiga puak suku Lewi, iaitu puak Kehat, Gerson, dan Merari, menurut perintah TUHAN kepada mereka. Mereka membanci puak-puak itu menurut puak kecil dan keluarga masing-masing. Mereka juga mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di dalam Khemah TUHAN. Bilangan mereka adalah seperti berikut:

Puak Bilangan Orang
Kehat 2,750
Gerson 2,630
Merari 3,200
Jumlah: 8,580

49Demikianlah tiap-tiap orang ditentukan tugasnya sama ada untuk melayani ataupun membawa barang-barang, menurut perintah TUHAN melalui Musa; dan tiap-tiap orang didaftarkan menurut perintah TUHAN kepada Musa.

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

Hakcipta © 1996, The Bible Society of Malaysia

Copyright © 1996, The Bible Society of Malaysia

More Info | Version Index